"SAMSUNG KOMUNITI"

  • Forum

    logo Medium sembang-sembang dan perkongsian maklumat khususnya samsung device

  • Tutorial

    logo Perkongsian tutorial, tips and tricks bagi memaksimakan penggunaan teknologi samsung

  • Berita

    logo Berita terkini berkaitan perkembangan teknologi produk Samsung terutama di Malaysia

  • Thursday, May 9, 2013

    Ciri Unik Air Gesture Pada Samsung Galaxy S4

     


    Keunikan ciri ini adalah hanya dengan melambai tangan kita di Samsung Galaxy S4 sudah cukup untuk untuk menerima panggilan, menukar muzik, atau melayari laman web dan gambar-gambar pilihan. Mungkin perkara ini bunyi seperti tidak masuk akal. Tetapi ia adalah benar.

    Ciri ini dipanggil Air Gesture atau bahasa mudahnya "Isyarat Angin". Mengawal fungsi telefon tanpa menyentuh skrin!

    Berdekatan dengan logo Samsung, terdapat sensor khusus berhampiran logo tersebut untuk mengesan pergerakan tangan kita. Peranti Galaxy S4 akan mengambil tindakan yang sama dengan corak gerakan dan keadaan telefon semasa.

    Pada masa ini, hanya aplikasi yang terpilih sahaja boleh menggunakan tindak balas kepada Air Gesture ini. Mungkin selepas ini lebih banyak lagi aplikasi yang boleh dikawal dengan isyarat tangan tanpa menyentuh skrin. Pada masa ini kita hanya boleh menggunakan pada fungsi seperti

    • Quick Glance
    Apabila skrin dimatikan, hanya dengan menggerakkan tangan di atas sensor kita dapat melihat pemberitahuan, panggilan tidak dijawab, mesej baru, masa dan tarikh, dan banyak lagi.
    • Air Jump
    Semasa melihat e-mel atau laman web, dengan menggerakkan tangan ke atas atau ke bawah di seluruh sensor supaya dapat menarik halaman atas atau bawah.
    • Air Browse
    Dengan menggerakkan tangan ke kiri atau kanan di seluruh sensor ianya dapat menyemak imbas imej, laman web, lagu-lagu, atau memo.
    • Air Move
    Klik dan tahan ikon dengan satu tangan, dan kemudian gerakan tangan yang lain di sebelah kiri atau kanan di seluruh sensor untuk menggerakkan ikon ke lokasi yang lain.

    Semasa menggunakan kalendar harian atau mingguan, klik dan tahan icon seperti acara, dan kemudian gerakkan tangan yang lain ke kiri atau kanan untuk menggerakkan acara bagi satu hari atau minggu.
    • Air Call Accept
    Apabila panggilan masuk, gerakkan tangan ke kiri, dan kemudian ke kanan di seluruh sensor untuk menjawab panggilan.
    Untuk menggunakan kesemua ciri ini, kita perlu mengaktifkannya. Cara mengaktifkannya ialah seperti dibawah;

    SETTING - MY DEVICE - MOTION AND GESTURE - AIR GESTURE

    Berikut adalah gambar rajah penggunaannya



    Kembali kepada Ciri Keseluruhan

    0 comments :

    Post a Comment