"SAMSUNG KOMUNITI"

  • Forum

    logo Medium sembang-sembang dan perkongsian maklumat khususnya samsung device

  • Tutorial

    logo Perkongsian tutorial, tips and tricks bagi memaksimakan penggunaan teknologi samsung

  • Berita

    logo Berita terkini berkaitan perkembangan teknologi produk Samsung terutama di Malaysia

  • Tuesday, April 30, 2013

    Samsung Galaxy S4 Mula Di Root?



    Samsung Galaxy S4 yang baru keluar telah menjadi kajian kepada penggemar android atau doveloper yang sukakan kepada pembangunan yang lebih mendalam terhadap peranti mereka. Baru-baru ini laman web dan forum-forum terkenal telah berbincang berkaitan dengan ubah suai sistem dalaman telefon pintar terbaru Galaxy S4 dengan pelbagai cara.

    Apa kelebihan Root dan kekurangannya?

    Kelebihan bagi pengguna yang suka root sistem telefon pintar mereka adalah untuk mendapatkan kawalan penuh terhadap android mereka, selain itu memudahkan untuk backup dan restore secara keseluruhan. Disamping itu ia dapat memberikan kelebihan dalam penggunaan aplikasi istimewa tanpa batasan dan penggunaan ROM mengikut pilihan sendiri.

    Kelemahan bagi pengguna yang suka root sistem telefon pintar mereka adalah berisiko dan berpotensi untuk bricking (iaitu telefon akan menjadi nonfunctional) sekiranya sistem root gagal. Selain itu ianya boleh membatalkan warranti pembuatan telefon, bermaksud jaminan bagi kerosakan dalaman telefon tersebut secara automatik akan terbatal.

    Oleh itu, jadilah pengguna bijak sekiranya kita mahir dalam sesuatu perkara hendaklah dibuat ujikaji secara mendalam sebelum mendatangkan risiko yang besar.

    0 comments :

    Post a Comment