"SAMSUNG KOMUNITI"

  • Forum

    logo Medium sembang-sembang dan perkongsian maklumat khususnya samsung device

  • Tutorial

    logo Perkongsian tutorial, tips and tricks bagi memaksimakan penggunaan teknologi samsung

  • Berita

    logo Berita terkini berkaitan perkembangan teknologi produk Samsung terutama di Malaysia

  • Saturday, April 13, 2013


    Dropbox adalah perkhidmatan simpanan dalam talian yang membolehkan kita memuat naik gambar, video dan fail lain. Sekarang kita boleh menikmati aplikasi Dropbox pada Samsung Galaxy Note. Sebelum itu hendaklah daftar masuk dahulu ke ruangan Dropbox pada Samsung Galaxy Note untuk memuat naik fail anda. Sekiranya di Galaxy Note anda tidak mempunyai aplikasi ini bolehlah dapatkan di Google Play Store.

    Di sini saya akan tunjukkan langkah demi langkah; 


    1. Pilih dan sentuh menu Apps

    2. Tarik kebawah dan tekan Settings

    3. Tarik kebawah dah tekan Cloud

    4. Sentuh Set acount.

    5. Sekiranya anda mempunyai akaun Dropbox, sentuh I'm already a Dropbox user untuk buat akaun baru, pilih I'm new to Dropbox adn ikuti langkah di skrin berikutnya

    6. Pilih menu Email.

    7. Masukkan Email Address

    8. masukkan password

    9. Tekan Log in

    10. Pilih Allow

    11. Sekarang Dropbox telah di pasang pada telefon

    12. Semua gambar dan video akan di synced atau sambungkan. untuk mematikan fungsi sambungan pilih video

    13. Pilih slider to trun off syncing

    14. Pilih Remove.

    15. Pilih Back.

    16. Video syncing telah di matikan. Sekarang kita boleh memilih gambar pula untuk dimatikankan fungsi sambungannya.


    Sekarang anda telah memasang aplikasi Dropbox dan boleh digunakan dengan sepenuhnya.

    Sebarang maklumat lanjut sila layari : Samsung Malaysia

    0 comments :

    Post a Comment